Sunday, September 7, 2008

Bagaimana Nak Update Kaspersky Menggunakan Fail

Artikel dari sembangkomputer.com

Berikut adalah cara-cara mengemaskini perisian Kaspersky Anti-Virus 7.0 degan mengunakan fail update yang telah download dari Internet:

  1. Pergi ke laman web update Kaspersky dan klik pada “Complete update”. Pilih pada mana-mana pautan yang dipaparkan (tidak kisah samada HTTP atau FTP) untuk memulakan download.
  2. Setelah download selesai, right-click pada fail tersebut dan pilih “Extract All…”.
  3. Dalam Extraction Wizard, tentukan destinasi fail yang anda ingin extract. Contohnya, “C:\Update”
  4. Ikut gambarajah di bawah bagi membuat sedikit tetapan pada Kaspersky.


Ulang langkah di atas dengan daily update bagi memastikan Kaspersky Anti-Virus 7.0 anda dikemaskini.

Apakah perbezaan antara “complete update” (cumul), “previous week’s updates” (weekly) dan “current week’s updates” (daily)?

av-i386-daily.zip - mengandungi update yang dikeluarkan dari hari Ahad hingga ke hari ini. Update jenis ini dikemaskini pada setiap jam.

av-i386-weekly.zip - mengandungi update yang dikeluarkan dari hari Ahad yang lepas hingga ke Ahad yang sebelumnya. Update jenis ini dikemaskini pada setiap hari Ahad.

av-i386-cumul.zip - mengandungi semua update lengkap hingga ke hari Ahad lepas. Update jenis ini dikemaskini pada setiap hari Ahad.

Secara ringkas, jika anda kerap download update Kaspersky di Cyber Cafe, anda hanya perlu dapatkan fail av-i386-cumul.zip dan av-i386-daily.zip

Selamat mencuba yer.Terima kasih pada Muhammad Khairul bin Zainal Abidin


Baca Lagi........

Saturday, September 6, 2008

Cantikkan Folder Icons Windows XP anda

Setiap insan di dunia ni sukakan kecantikan."Apa kena mengena dengan komputer ni".Sebenarnya saya nak kongsikan pada anda semua satu perisian.Saya rasa anda semua tahu,tapi nak review gak,tak kira :) .Perisian ini akan menukarkan/menggantikan folder lama dalam window xp kepada folder pilihan anda sendiri.Malah anda boleh tentukan setiap folder warna yang berbeza.

Selepas pemasangan, run iColorFolder Skin Selector dialog untuk melihat satu jumlah variasi folder pilihan .




















Perisian ini berintegrasi dengan window,di mana jika anda klik kanan ia akan memaparkan colour label untuk anda memilih warna folder anda.



Gambar di bawah menunjukkan pelbagai jenis folder dengan warna yang pebagai.





Pada kawan-kawan yang berminat boleh la muat turun di sini Download iColorFolder from SourceForge
Baca Lagi........

Friday, September 5, 2008

Mamakspot-Kawal urus akses wifi anda


Sebenarnya saya kagum dengan seorang jejaka dari jaring ni membuat sistem pengurusan akses wifi.Tidak semua penyedia perkhidmatan wayarles ini mahukan kemudahan ini digunakan oleh sesiapa sahaja sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, pemilik restoran pastinya mahu memastikan hanya pelanggan mereka sahaja dibenarkan mengakses sistem wayarles mereka sebagai satu cara mereka menghargai pelanggan dan dianggap satu strategi perniagaan yang baik untuk menarik pelanggan.Sebenarnya sistem macam ni hanya organisasi yang besar sahaja yang dapat memilikinya.Tetapi dengan sistem mamakspot organisasi kecil dapat menggunakanya kerana mamakspot ini menggunakan sistem operasi terbuka kebanyakan aplikasinya.
Untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang mamakspot
Baca Lagi........

Google Chrome-Browser internet dari google


Dah lama saya tak update blog ni, minta maaf
(bulan puasa kena banyak minta maaf:) )banyak-banyak pada subcriber blog saya.Baru-baru ini Google telah mengeluarkan pelayar webnya yang diberi nama, Chrome.Pihak Google juga telah merumuskan secara ringkas mengenai pelayar web mereka melalui sebuah komik yang menarik.
Anda boleh muat turun di sini download Google Chrome




Pandang Pertama Google Chrome

Ciri-ciri yang terdapat dalam google Chrome.



Antara fungsi terbina yang ada di dalam Google Chrome ialah fungsi Inspect Element(Seperti Firebug untuk Mozilla Firefox).


Anda boleh muat turun di sini download Google Chrome




Baca Lagi........