Thursday, October 22, 2009

Ubah file extension semasa muat turun di tempat kerja



Hari ini hari paling rajin aku untuk update.Dalam aku explore internet aku terjumpa satu website memang aku cari selama ini.Ia memang sesuai untuk mereka suka memuat turun software tetapi disekat dengan proxy.Sebenarnya aku dah simpan website ni dalam bookmark aku.Hari ni baru teringat nak kongsikan dengan korang.huhuhuhu.Website ini boleh memberikan akses untuk download bagi extension seperti .exe .avi .mp4 .mp3 dan sebagainya.

Laman web ini akan menukar file extension yang anda ingin download kepada file extension yang lain. Sudah lama aku mencari konsep seperti ini selain memikirkan menggunakan proksi-proksi dan sebagainya untuk membolehkan download dibypasskan.

Anda cuma perlu masukkan link muat turun fail anda dan pilih extension yang ingin anda tukarkan. Satu link akan muncul untuk anda mut turun fail anda dengan extension baru.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan fail tersebut sebenarnya dimuat turun dahulu di server laman web tersebut dan dinasihatkan fail-fail sensitif tidak didownload menggunakan laman web berkenaan.

Saiz muat turun yang dibenarkan ketika entri ini ialah tidak melebihi 50MB sahaja.

Korang g Website ni http://dlatwork.com

Baca Lagi........

Wednesday, October 21, 2009

TV Alhijrah usaha terpuji kerajaan

Assalamualaikum pembaca Pc formula

Awal tahun depan insyaAllah Malaysia akan mempunyai sebuah channel agama yang diberi nama TV Alhijrah. Mungkin bermotif yang sama dengan Astro Oasis. Satu usaha kerajaan Malaysia yang harus dipuji untuk membentuk satu channel keagamaan milik kerajaan sepenuhnya.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dilantik Pengerusi Alhijrah Media Corporation, peneraju operasi TV Islam pertama negara, TV Alhijrah yang dijangka memulakan siarannya awal tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Perdana Menteri bersetuju memilih Mohd Yusof kerana pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam bidang agama.

Beliau yang juga Penasihat AlHijrah Media Corporation berkata, saluran TV Alhijrah yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Disember nanti memberi perspektif baru dalam dunia penyiaran negara selain menunjukkan komitmen kerajaan mengangkat kedudukan program Islam.

“Selain menyiarkan program yang memenuhi aspirasi rakyat, TV Alhijrah juga menjadi landasan untuk menyebarkan syiar Islam kepada penonton, termasuk melalui hiburan yang berlandaskan syariat agama,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, yang juga penaung Alhijrah Media Corp, 11 Jun lalu.

Ia idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu saluran televisyen Islam milik kerajaan diwujudkan sebagai wadah menjelaskan perkara berkaitan agama di negara ini dengan lebih berkesan.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, pelantikannya sebagai Pengerusi Alhijrah Media Corporation adalah kewajipan yang perlu untuk memenuhi harapan masyarakat terhadap televisyen Islam pertama negara.

Sumber Berita Harian.



Baca Lagi........

Selesaikan Masalah NTLDR is Missing


Pernahkan anda mengalami masalah ini?anda mengalami masalah ketika hendak hidupkan komputer anda...terdapat mesej keluar seperti :-

NTLDR is Missing
Press any key to restart

Boot: Couldn't find NTLDR
Please insert another disk

NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart


Penyebab Masalah ini ialah ;

NTLDR adalah fail sistem windows Xp.Fail ini sangat penting dan pertama sekali diperlukan supaya proses boot windows XP...Masalah berlaku apabila fail NTLDR ini tidak dapat diBoot...windows tidak dapat meneruskan proses boot jika fail ini hilang.Selain itu masalah ini juga disebabkan :-

* Virus menggangu fail penting ini.
* masalah Bad Sector pada Hard disk anda.
* Fail NTLDR atau NTDETECT.COM sengaja di delete.


Apa yang anda harus lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

1. Sediakan Cd Installer windows XP.

Langkah-langkah :-

* Masuk ke setup bios anda untuk menukarkan boot pertama anda ialah CD Rom.Caranya ialah dengan menekan butang F2,del atau F1 dan sebagainya terpulang kepada jenis motherboard anda.Ubahkan First Boot Device kepada Cd Rom.

* Menu pada bios anda berbeza mengikut jenis chip bios komputer anda.

* Untuk boot ke cd Windows Xp anda,anda perlu menekan sebarang butang papan kekunci anda apa bila mesej Press Any key to Boot from Cd-rom.

Anda harus tunggu sehingga mesej seperti dibawah ini keluar.anda harus pilih To repair a Windows XP installation using Recovery Console,Press R .... Klik butang R.

Anda akan ditanya sistem mana yang anda hendak baiki,Masukkan angka 1 kemudian Enter.

* Abaikan mesej Type the Administrator Password dengan menekan butang Enter jika tiada password admin.
* Selepas itu taip ;-

COPY e:\i386\NTLDR C:
COPY e:\i386\NTDETECT.COM C:

Perhatian : tukarkan e: kepada drive cd-rom anda contohnya E: F: atau sebagainya.

* Selepas itu,restart komputer anda,Semoga Masalah anda selesai




Baca Lagi........

Monday, October 19, 2009

Jom Pergi GoMobile



Hari ni aku nak ajak korang semua jom kita pakat pergi Gomobile 2009 di mana ia adalah karnival telefon bimbit terbesar di Malaysia.Jadi pada mereka yang nak beli telefon baru jangan lepaskan peluang anda di sini.Ia ada promosi dan terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di sana.Bila....? klik baca lagi tau...

* 23-25 Oktober 2009
* Kuala Lumpur Convention Centre
* 23-24 Oktober (Rabu & Sabtu): 11-9
Oktober 25 (Selasa): 11-8

Aktiviti-Aktiviti yang akan berlangsung di sana seperti :_

* Mobile Booth Hunt
* GoMobile Moments Photo Competition
* Cyberjaya GoMobile Photo Competition
* Truly Asia Reality Mobile Video Contest
* Raffles-Truly Asia Reality Mobile Video Contest
* QR Code Contest
* GoMobile Fashion Show
* GoMobile Clique
* Fancy a free LG phone?

Jadi jangan pula anda terlepas peluang melihat telefon canggih-canggih kat sana.





Baca Lagi........

Tuesday, September 29, 2009

Laporan ClickBank PERCUMA! (download sekarang)


Hari ini saya ingin kongsikan pada anda semua satu panduan yang baru pagi tadi saya baru dapat dari kawan saya iaitu Laporan ClickBank.Buat masa sekarang panduan ini diberi secara PERCUMA.

http://panduanclickBank/

Harga asal RM 67.00 Tetapi dia bagi PERCUMA dlm beberapa minggu ni.

Tak perlu saya huraikan dengan panjang lebar
tentang isinya kerana anda boleh download
dan bacanya sendiri...

Percuma. :-)

Cuma isi nama dan email anda untuk dapatkan
laporan ini.










Baca Lagi........